Jumaat, 29 April 2011

Design Mesin Chopper Buatan Sendiri

Sekarang ni saya sedang bercadang untuk membuat mesin chopper sendiri. Design dah buat .... pasni aku kena la jadi tukang besi. Nasib baik peralatan welding dengan mesin-mesin yang diperlukan untuk projek aku ni ada. Harap-harap jadila mesin chopper ni. Kat bawah ni aku sertakan design projek aku.

Design ni pun hasil pemerhatian daripada beberapa model mesin chopper yang ada. Jenis mesin ni hanya boleh memotong napier,batang jagung dan rumput. Ni kira mesin yang jenis ringan jer la. Mata mesin aku akan gunakan mata mesin rumput. Aku akan letakkan 4 bilah pemotong untuk dapatkan potongan yang halus. Pasni bole la buat silaj. Rumput kena tanam banyak-banyak kalo dah jadi mesin ni.



Selasa, 26 April 2011

Panduan Pembinaan Kandang

PANDUAN KANDANG

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

* Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.

* Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

* Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting
untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing
adalah:

* Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang

* Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan

* Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang

* Tidak terkena angin yang kencang

* Terpelihara dari hujan dan panas

* Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar

* Ruang makan dan minum mencukupi

* Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.

RINGKASAN

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:

* tahan lama – misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab

* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 – 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).

* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 – 1.4 meter persegi (8 – 15 kaki persegi).
PELAN RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANG

Pelan kandang yang boleh memuatkan 80 – 100 ekor
kambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepada
fungsi, umur dan juga jantina

Kandang kambing berlantai bawah boleh juga digunakan untuk menempatkan kambing pada malam hari


Pelan bangsal kambing

Pelbagai rupa bentuk bumbung


Dinding

* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.

* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 – 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.

* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 – 12 s.m.

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

* Nipah – bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).

* Zink – mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.

* Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.

* Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

RINGKASAN

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 – 1.4 meter persegi ( 8 – 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Panduan Untuk Membina Kandang Kambing

Secara kasarnya, anggaran kos membina kandang kambing adalah di antara RM500 ke RM1ribu bagi setiap ekor kambing. Bagaimanapun kos sebenar adalah bergantung kepada spesifikasi sebenar kandang yang hendak dibina dan kualiti bahan yang digunakan. Turut mempengaruhi kos sebenar adalah lokasi di mana kandang dibina kerana kos buruh dan bahan yang berbeza di antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain.

Jika kandang dibuat secara agak ringkas, dan menggunakan kayu terpakai, kos purata bagi seekor kambing mungkin hanya kira-kira RM500. Kos ini boleh mencapai RM1ribu jika spesifikasinya lebih tinggi serta bahan yang digunakan lebih mahal.

Menggunakan formula ini, sekiranya anda bercadang membela 50 ekor kambing betina dan seekor pejantan, and perlu bersedia dengan modal sekurang-kurangnya RM26ribu untuk membuat sebuah kandang. Lain-lain kos adalah untuk membeli peralatan seperti mesin chopper dan peralatan ladang seperti sabit, cangkul dll.

Kos seekor induk betina kacukan adalah di antara RM500 hingga RM600, manakala seekor pejantan Boer Fullblood dengan sijil berharga di antara RM2,500 hingga RM3,500. Jadi secara kasarnya anda memerlukan RM30 ribu untuk baka kambing. Lain-lain kos adalah kos operasi untuk membeli makanan dan ubat-ubatan serta kos elektrik dan petrol.

Panduan Rekabentuk Kandang Kambing

Kandang kambing direkabentuk secara memanjang untuk memaksimakan peredaran udara di dalamnya. Bahagian hadapan atau belakang sebaik-baiknya dibina menghadap matahari terbit dan terbenam bagi membolehkan kandang mendapat cahaya matahari secukupnya. Ini membantu membunuh bakteria, hama, tungau dsb yang merupakan musuh ternakan kambing.

Rekabentuk dan ketinggian bumbung juga perlu diambil perhatian supaya peredaran keluar masuk udara ke kandang dapat dimaksimakan. Di samping mengurangkan haba dari terperangkap di dalam kandang, rekabentuk bumbung yang sesuai juga membantu pertukaran udara, mengelakkan bakteria di dalam udara dari terperangkap di dalam persekitaran kandang dan dengan itu mewujudkan keadaan persekitaran kandang yang lebih sihat. Salah satu pembunuh utama ternakan kambing adalah wabak pneumonia (radang paru-paru) yang merebak dari seekor ternakan kepada yang yang lain melalui udara, dan selalu berlaku di waktu musim hujan.

Ketinggian lantai kandang dari permukaan tanah adalah sebaik-baiknya 6 kaki bagi membolehkan pekerja keluar masuk dengan bebas ke bawah kandang, untuk kerja-kerja mencuci kandang dsb. Permukaan lantai bawah mestilah dibuat sedikit curam dan dibina longkang bagi mengelakkan air bertakung di bawah kandang. Perigi kumbahan wajar dibina bagi membolehkan air kencing ternakan mengalir terus ke dalamnya. Sekiranya kewangan mengizinkan, lantai bawah haruslah disimen supaya tinja(najis) dapat dicuci dengan mudah.

Isnin, 21 Februari 2011

Kenali Penyakit Kambing

1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Kaedah Rawatan :-
  • Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
  • Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
  • Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
  • Amalkan sistem ragutan bergilir


2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak

Kaedah Rawatan :-
  • Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
  • Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
  • Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
  • Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
  • Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin.

3. Kembung (Tyumpang)
kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.

Penyebab Kembung :-
  • Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
  • Terlalu banyak makan PKC,
  • Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
  • Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda-Tanda Klinikal :-
  • Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
  • Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
  • Tidak mahu makan.
  • Terbaring dan kesakitan.
  • Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Kaedah Rawatan :-
  • Stomach tubing.
  • Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
  • Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
  • Uruskan bahan makanan dengan betul.

4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Batuk basah adalah tanda awal. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.

Antara faktor-faktor penyebab adalah:-
  • Stress / tegasan cuaca (sejuk).
  • Pemakanan tidakbermutu.
  • Bebanan cacing.
  • Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
  • Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.
Tanda-tanda klinikal yang dapat dilihat adalah seperti :-
  • Pernafasan cepat / sesak nafas.
  • Suhu tinggi / demam.
  • Bunyi pernafasan tidak normal.
  • Batuk, bersin, cecair dari hidung.
  • Lemah, kurus, tiada selera makan.
Kaedah Rawatan :-
  • Gunakan antibiotik spektrum luas
  • Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
  • Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
  • Eakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
  • Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
  • Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).

5. Penyakit-penyakit lain
Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku. Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus. Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.

Kenali Anggota Badan Kambing

Khamis, 4 November 2010

Jualan Kambing Secara Borong

Pihak kami akan membuat jualan kambing secara borong sebanyak 15 ekor (Pilih sendiri) berharga RM9,000.00 (Harga Boleh Dirundingkan). Jika tuan berminat sila hubungi :

Mulyandi - 019-7766744
Razali - 019-3074640

Jumaat, 26 Disember 2008

Kambing Ragut Rumput





Ini la sebahagian kambing aku yg tengah ragut rumput.

Khamis, 4 Disember 2008

Maklumat Terkini

Assalamualaikum .....

Sudah agak lame aku tak update blog aku ni ... ini kerana setakat ni takde perkembangan yg baru. Penternakan masih seperti biasa. Ok ini maklumat yg terkini.

Pada 22 Mei 2008 yang lalu 5 ekor kambing baru dah tiba ke kandang kami. Jenis kambing adalah jenis katjang ..... semuanya betina. Ini bermakna tugasan aku semakin bertambah .... rumput pun nak cari kena lebih. Kos untuk makanan kambing dah makin mahal.

Ade lagi kambing nak masuk dalam bulan Disember tapi tak tau bila sampai ... tambah2 la lagi kerja aku. Oh yea aku pun nak survey mesin choper ... pastu tanaman rumput aku pun nak luaskan lagi.

Chow ...

Rabu, 18 Jun 2008

Fasa Ke 2 Kandang Kambing Kami

Naikkan Tiang Kandang

Ready nak pasang gulung2

Pasang lantai


Untuk makluman rakan penternakan ... saya telah memulakan fasa ke2 bagi kandang kami. Kami telah membesarkan kandang kami dari 20 kaki x 20 kaki kepada 20 kaki x 40 kaki. Pembesaran terpaksa dilakukan memandangkan pertambahan kambing kami dan juga kambing baru yang akan kami terima.

Kerja pembesaran kandang telah kami lakukan pada 7 Jun 2008. Kerja ini dilakukan seramai 5 orang rakan. Kami terpaksa menyiapkan rangka dan bumbung kandang pada ari itu juga ... memandangkan kami mempunyai pekerjaan tetap dan pd ari tu la kami cuti. Untuk lantai dan dinding boleh dibuat secara slow2 je.

Kos Buat Kandang sebanyak RM3,400.00 sahaja. Kayu yang kami gunakan kayu secondhand dan bumbung kami gunakan jenis bumbung kilang yang baru (1 kaki - RM3.20 - color biru). Saiz kandang yang ditambah adalah 20 x 20 kaki.

Rabu, 28 Mei 2008

Tanaman Rumput Napier

Untuk makluman rakan penternak .... pada bulan April yang lau aku dah memulakan langkah untuk tanam rumput napier sendiri. Lepas ni senang la aku nak bagi makan kat kambing aku. Kawasan kebun aku seluas satu ekar telah aku bersihkan untuk tanaman rumput napier. Ada la beberapa pokok rambutan ngan pokok sawit kena tebang ..... rasa sayang jugak tapi ape bole buat aku lagi sayang kat kambing aku ... he he he.

Aku upah jentolak bersihkan kebun aku untuk satu hari. Bayaran yang dikenakan RM300. Keluar modal lagi la nampaknya. Aku dah start tanam rumput tu sekarang. Benih aku dapat dari member aku ... ada sebahagian tu benih yang dah lama aku tanam. Sekarang ni rumput dah start tumbuh .... baja gunakan la taik kambing yang banyak tuuu ... jimat kos.

Jentolak sedang melakukan pembersihan kebun.


Kawasan yang telah dibersihkan ... ada kolam lagi tuu. Bole ternak ikan pas ni he he.

Jumaat, 9 Mei 2008

Selamat kembali

Ape khabar semua sahabat penternak semua. Dah agak lama aku x update blog aku ni. Untuk pengetahuan semua setakat ni takde lagi perkembangan ape-ape yang nak dikongsikan. Cuma aku dah kematian sepasang anak kambing aku.... ape bole buat takde rezeki.

Dalam 30 April 2008 (Rabu) Jabatan Haiwan ada datang kat kandang aku .... diaorang ada la amik gambar2 kat kandang aku .... ini sebab aku ada mohon bantuan kambing daripada Jabatan Haiwan. Insyaalah kalau takde arang melintang ada la bekalan bantuan kambing baru. Ape-ape hal pun aku kena stanby.

Sekarang ni pun aku tengah pikirkan nak besarkan lagi kandang aku. Dalam masa terdekat ni mungkin aku akan jual kambing lagi laaaaa. Ok la sampai sini je la aku punya perkembangan. Oh ya aku dah start mula tanam rumput napier kat kebun aku tu ... ada la lebih kurang 1 ekar. Kebun pun aku dah bersihkan .... rumput pun dah tanam .... nanti senang la aku nak bagi makan kat kambing aku. Nanti la aku upload kan gambar tu. Wassalam .....

Jumaat, 15 Februari 2008

FOR SALE !!!!!


Kambing : Jamna Cross
Umur : 4 Bulan
Jantina : Jantan
Harga : RM500.00



Kambing : Boer
Umur : 12 Bulan
Jantina : Jantan
Harga : RM600.00


Kambing : Kampung Cross + Anak (Jantan)
Umur : 2 Tahun
Jantina : Betina
Harga : RM1000.00


Kambing : Jamna Cross
Umur : 4 Bulan
Jantina : Jantan
Harga : RM600.00



Kambing : Boer
Umur : 4 Bulan
Jantina : Jantan
Harga : RM500.00


Sila Hubungi En. Razali 019-3074640 & En. Mulyandi 019-7766744.

Isnin, 14 Januari 2008

Kelahiran Ke 4 Bulan Disember 2007






Pada 31 Disember 2007 kami menyambut kelahiran yang ke4 dikandang kami. Pada kali ini anak kambing ini adalah kacukan di antara anglo dan jamna. Kedua-dua anak kambing ini dalam keadaan sihat .... tiada sebarang masalah semasa ibu kambing ini melahirkan anaknya. Walaupun ini baru first time ibu kambing ni beranak. Dapat la sepasang ... yang warna putih dan coklat tu jantan dan yang warna coklat semua tu betina. Ok la buat masa ni ... tunggu la berita terkini tentang ternakan kambing kami. Wassalam .....

Kelahiran Ke 3 Dalam Bulan Disember 2007



Ini la anak kambing kami yang lahir pada 18 Dis 2007 yang lalu. Anak kambing ini kacukan dengan jamnapari baka indonesia kat kandang member. Kedua-dua anak kambing ini berat nya boleh tahan la. Kali ni dua-dua yang keluar jantan. Tapi kami gerenti baka ni memang baik punya.

Jumaat, 14 Disember 2007

Kelahiran Yang Kedua








Tidak sampai seminggu daripada kelahiran yang terdahulu kambing kami telah beranak lagi pada 10 Disember 2007. Kami memperolehi sepasang lagi anak kambing. Anak kambing ini pun dalam keadaan sihat. Kelahiran kali ini pun kami tidak ada di kandang .... tau-tau tengahari tu kami pegi kebun nak cari durian baru jer ibu kambing itu dah beranak.

Dengan pertambahan anak kambing dikandang kami rutin kami semakin agak sibuk. Perhatian yang lebih terpaksa kami berikan kepada ibu dan anak kambing yang baru lahir. Tapi kami rasa berbaloi gak dengan kerja yang kami lakukan. Kami rasa dalam masa terdekat ni pun terdapat lagi ibu-ibu kambing yang akan beranak lagi. Jawabnya semakin sesak la kandang kami.

Kini kami mula merancang untuk membuat pembesaran kandang kambing kami. Perancangan dan perbincangan dengan rakan kongsi akan diadakan bagi projek fasa kedua. Kemungkinan kami akan membuat ternakan ini secara besar-besaran akan dilakukan. Kami akan cuba untuk membuat pinjaman daripada pihak bank atau agensi berkaitan sebanyak RM100,000.00. Modal ini akan kami gunakan untuk membuat kandang baru yang lebih besar dan menambah bilangan kambing. Fasiliti dan kemudahan di kawasan ternakan akan dipertingkatkan dengan pembelian mesin dan juga lori atau van. Pekerja juga diperlukan bagi merialisasikan projek ini. Keseluruhan projek ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

Salam untuk semua penternak kambing di Malaysia .... semoga berjaya.

Isnin, 10 Disember 2007

Kelahiran Yang Tidak Dijangka






Alhamdulillah .... pada 7 Disember 2007 (Jumaat) dengan tidak dijangka kambing kami telah selamat melahirkan 2 ekor anak .... sekor jantan dan sekor betina. Kedua2 ekor anak kambing tersebut dalam keadaan sihat dan comel.

Ini kerana pada hari tersebut kawan saya yang pegi kandang pada tengahari terperanjat kerana kambing kami telah melahirkan anak. Kami tidak menjangkakan kambing ini yang akan beranak kerana jangkakan kami kepada kambing yang lain ... yang lebih besar buntingnya. Apapun kami bersyukur kerana ibu kambing tersebut tidak mengalami sebarang masalah semasa beranak.

Sekarang ini kami sedang bersedia untuk menanti kelahiran seterusnya kambing2 kami yang sedang bunting. Terdapat 3 ekor lagi yang sedang bunting. Diharap semua ternakan kami dalam keadaan selamat.

Isnin, 5 November 2007

Pagar Kandang Kambing





Pada 28 Okt 2007 yang lalu kami telah memulakan proses untuk memasang pagar pada keliling kandang kami. Pada permulaan proses kami telah menanam tiang untuk pagar kandang kami.

Selepas itu, pemasangan pagar telah tertunda selama seminggu lebih kerana banyak komitmen dan kerja opis yang perlu diselesaikan. Ia .. la kami ni penternak part time ... jadi kerja opis kami utamakan dahulu.

Pada cuti depavali 8 Nov 2007 kami menyiapkan pemasangan pagar di sekelilin kandang .... pagar yang kami gunakan tu pun pagar second hand pemberian Abg aku yang keja kontraktor. Pagar second ni pun aku dapat pasal abg aku ada projek buat tembok pagar sekolah ... jadi pagar yang lama ni dia pas la kat aku. Jimat sikit kos aku nak buat pagar he he he ...

Oklah buat masa ni tentang perkembangan ternakan kambing kami .... ariosss ..............

Selasa, 23 Oktober 2007

Si Hitam Kambing Baru


Inilah kambing baru yang aku baru beli. Sekarang tengah bunting. Sekarang ni ada 3 ekor kambing tengah bunting kat kandang aku. Tunggu jer bila nak beranak.

Dah 3 bulan aku jadi penternak kambing dengan kawan-kawan aku. Setakat ini takde masalah besar yang aku hadapi. Ari tu kambing ada kutu tapi aku dah sembur ubat ... jadi masalah dah selesai.

Rasa nak tambah lagi kambing betina .... tapi tak tau la .... tengok budget. Kambing ni pun aku ternak part time jer dgn kawan aku. Iya la aku dengan kawan aku semuanya ada keja tetap. Nanti kalau dah banyak kambing aku nak cari pekerja la pulak. Ok jumpa lagi .......