Rabu, 28 Mei 2008

Tanaman Rumput Napier

Untuk makluman rakan penternak .... pada bulan April yang lau aku dah memulakan langkah untuk tanam rumput napier sendiri. Lepas ni senang la aku nak bagi makan kat kambing aku. Kawasan kebun aku seluas satu ekar telah aku bersihkan untuk tanaman rumput napier. Ada la beberapa pokok rambutan ngan pokok sawit kena tebang ..... rasa sayang jugak tapi ape bole buat aku lagi sayang kat kambing aku ... he he he.

Aku upah jentolak bersihkan kebun aku untuk satu hari. Bayaran yang dikenakan RM300. Keluar modal lagi la nampaknya. Aku dah start tanam rumput tu sekarang. Benih aku dapat dari member aku ... ada sebahagian tu benih yang dah lama aku tanam. Sekarang ni rumput dah start tumbuh .... baja gunakan la taik kambing yang banyak tuuu ... jimat kos.

Jentolak sedang melakukan pembersihan kebun.


Kawasan yang telah dibersihkan ... ada kolam lagi tuu. Bole ternak ikan pas ni he he.

3 ulasan:

Din Zainal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Din Zainal berkata...

assalamualaikum

sy nak bertanya. benih napier ape yg digunakan? taiwan atau apa? kat mane nak dapat? brp kos dia?

Senyum Kambing berkata...

benih yang saya tanam adalah jenis daripada taiwan. Setakat ni saya mendapatkan benih ini daripada rakan penternak yang lain secara percuma. Benih yang saya perolehi pun dapat secara berperingkat-peringkat .... jika ada benih saya tanam