Selasa, 23 Oktober 2007
Si Hitam Kambing Baru
Inilah kambing baru yang aku baru beli. Sekarang tengah bunting. Sekarang ni ada 3 ekor kambing tengah bunting kat kandang aku. Tunggu jer bila nak beranak.
Dah 3 bulan aku jadi penternak kambing dengan kawan-kawan aku. Setakat ini takde masalah besar yang aku hadapi. Ari tu kambing ada kutu tapi aku dah sembur ubat ... jadi masalah dah selesai.
Rasa nak tambah lagi kambing betina .... tapi tak tau la .... tengok budget. Kambing ni pun aku ternak part time jer dgn kawan aku. Iya la aku dengan kawan aku semuanya ada keja tetap. Nanti kalau dah banyak kambing aku nak cari pekerja la pulak. Ok jumpa lagi .......
Penilaian Memilih Kambing
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.
Nilai Tertinggi | Bahagian Tubuh Yang Dinilai | |
Betina | Jantan | |
5 | 7 | A. KEPALA |
3 | 4 | B. BADAN |
20 | 22 | C. ANNGOTA |
5 | 6 | D. AMBING/SKROTUM |
6 | 8 | E. PENGAMBILAN SECARA UMUM |
| | F. KEISTIMEWAAN |
100 | 100 | JUMLAH |
1. Puting susu | 10. Dagu |
2. Tetek atau kelenjar susu | 11. Butang/asas tanduk |
3. Perut | 12. Kelasa |
4. Siku (claw) | 13. Lilitan di jantung |
5. Kuku (hoof) | 14. Belakang |
6. Lutut | 15. Pinggul |
7. Dada | 16. Punggung |
8. Bahu | 17. Tulang punggung |
9. Kekacang (tassel) | 18. Siku |
Selasa, 9 Oktober 2007
Petua Untuk Kambing
Harap berguna untuk semua Penternak kambing.
Petua - menjinakkan kambing
· Lapkan baju kita yang berpeluh ke muka kambing tersebut.
Petua - memastikan kambing mengenali tuanya
· Kita kencing sedikit kedalam air yang diminum oleh kambing tersebut. Buat beberapa kali sehingga kambing tersebut dapat mengenali tuanya.
Petua – bulu licin dan menarik serta gemuk
· Bagi kambing makan daun kelapa sawit.
Petua – rawatan untuk luka
· Masukkan cicak kedalam daun pisang atau daun nangka dan berikan kambing tersebut makan.
Petua – rawatan sakit perut & berak cair
· Bagi kambing makan daun daun yang kelat ie daun jambu.
Petua – rawatan lemah tulang & takleh bangun
· Bagi kambing makan siput sungai. Ada orang panggil siput paip, siput bendang dan sebagainya. Tapi pastikan cengkerang siput tu di buang terlebih dahulu.
Maklumat ini diambil dari laman web http://kambingboer.blogspot.com/
Isnin, 1 Oktober 2007
Kambing Baru Dah Masuk Kandang
Diharap sahabat-sahabat kambing semua dapat memberi tunjuk ajar pada kami dalam pengurusan penternakan kambing ni. Kami baru menceburi bidang ni dalam masa 3 bulan jer. Setakat ni ok jer. Oklah nanti aku postkan gambar terbaru kambing aku tu.