Jumaat, 14 Disember 2007

Kelahiran Yang Kedua








Tidak sampai seminggu daripada kelahiran yang terdahulu kambing kami telah beranak lagi pada 10 Disember 2007. Kami memperolehi sepasang lagi anak kambing. Anak kambing ini pun dalam keadaan sihat. Kelahiran kali ini pun kami tidak ada di kandang .... tau-tau tengahari tu kami pegi kebun nak cari durian baru jer ibu kambing itu dah beranak.

Dengan pertambahan anak kambing dikandang kami rutin kami semakin agak sibuk. Perhatian yang lebih terpaksa kami berikan kepada ibu dan anak kambing yang baru lahir. Tapi kami rasa berbaloi gak dengan kerja yang kami lakukan. Kami rasa dalam masa terdekat ni pun terdapat lagi ibu-ibu kambing yang akan beranak lagi. Jawabnya semakin sesak la kandang kami.

Kini kami mula merancang untuk membuat pembesaran kandang kambing kami. Perancangan dan perbincangan dengan rakan kongsi akan diadakan bagi projek fasa kedua. Kemungkinan kami akan membuat ternakan ini secara besar-besaran akan dilakukan. Kami akan cuba untuk membuat pinjaman daripada pihak bank atau agensi berkaitan sebanyak RM100,000.00. Modal ini akan kami gunakan untuk membuat kandang baru yang lebih besar dan menambah bilangan kambing. Fasiliti dan kemudahan di kawasan ternakan akan dipertingkatkan dengan pembelian mesin dan juga lori atau van. Pekerja juga diperlukan bagi merialisasikan projek ini. Keseluruhan projek ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

Salam untuk semua penternak kambing di Malaysia .... semoga berjaya.

Isnin, 10 Disember 2007

Kelahiran Yang Tidak Dijangka






Alhamdulillah .... pada 7 Disember 2007 (Jumaat) dengan tidak dijangka kambing kami telah selamat melahirkan 2 ekor anak .... sekor jantan dan sekor betina. Kedua2 ekor anak kambing tersebut dalam keadaan sihat dan comel.

Ini kerana pada hari tersebut kawan saya yang pegi kandang pada tengahari terperanjat kerana kambing kami telah melahirkan anak. Kami tidak menjangkakan kambing ini yang akan beranak kerana jangkakan kami kepada kambing yang lain ... yang lebih besar buntingnya. Apapun kami bersyukur kerana ibu kambing tersebut tidak mengalami sebarang masalah semasa beranak.

Sekarang ini kami sedang bersedia untuk menanti kelahiran seterusnya kambing2 kami yang sedang bunting. Terdapat 3 ekor lagi yang sedang bunting. Diharap semua ternakan kami dalam keadaan selamat.

Isnin, 5 November 2007

Pagar Kandang Kambing





Pada 28 Okt 2007 yang lalu kami telah memulakan proses untuk memasang pagar pada keliling kandang kami. Pada permulaan proses kami telah menanam tiang untuk pagar kandang kami.

Selepas itu, pemasangan pagar telah tertunda selama seminggu lebih kerana banyak komitmen dan kerja opis yang perlu diselesaikan. Ia .. la kami ni penternak part time ... jadi kerja opis kami utamakan dahulu.

Pada cuti depavali 8 Nov 2007 kami menyiapkan pemasangan pagar di sekelilin kandang .... pagar yang kami gunakan tu pun pagar second hand pemberian Abg aku yang keja kontraktor. Pagar second ni pun aku dapat pasal abg aku ada projek buat tembok pagar sekolah ... jadi pagar yang lama ni dia pas la kat aku. Jimat sikit kos aku nak buat pagar he he he ...

Oklah buat masa ni tentang perkembangan ternakan kambing kami .... ariosss ..............

Selasa, 23 Oktober 2007

Si Hitam Kambing Baru


Inilah kambing baru yang aku baru beli. Sekarang tengah bunting. Sekarang ni ada 3 ekor kambing tengah bunting kat kandang aku. Tunggu jer bila nak beranak.

Dah 3 bulan aku jadi penternak kambing dengan kawan-kawan aku. Setakat ini takde masalah besar yang aku hadapi. Ari tu kambing ada kutu tapi aku dah sembur ubat ... jadi masalah dah selesai.

Rasa nak tambah lagi kambing betina .... tapi tak tau la .... tengok budget. Kambing ni pun aku ternak part time jer dgn kawan aku. Iya la aku dengan kawan aku semuanya ada keja tetap. Nanti kalau dah banyak kambing aku nak cari pekerja la pulak. Ok jumpa lagi .......

Penilaian Memilih Kambing

Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.

Nilai Tertinggi

Bahagian Tubuh Yang Dinilai

Betina

Jantan


5

7

A. KEPALA
Bentuk, mata, hidung, tanduk, telinga

3
15
10
3
15

4
15
15
5
12

B. BADAN
1. Leher dan bahu
2. Dada, lebar dan dalamnya
3.
Punggung dan pinggang
4. Perut
5. Kaki dan tangan

20

22

C. ANNGOTA
1. Sikap, kekuatan, besarnya persendian dan pergerakannya

5

18

6

6

D. AMBING/SKROTUM
1. Kulit dan rambut dengan nilai 3 bagi
ambing/skrotum yang berambut
panjang
2. Ambing urat darah, puting susu bagi
betina, skrotum bagi jantan

6

8

E. PENGAMBILAN SECARA UMUM
Keseimbangan di antara bahagian
tubuh



F. KEISTIMEWAAN

100

100

JUMLAH

RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA

1. Puting susu 10. Dagu
2. Tetek atau kelenjar susu 11. Butang/asas tanduk
3. Perut 12. Kelasa
4. Siku (claw) 13. Lilitan di jantung
5. Kuku (hoof) 14. Belakang
6. Lutut 15. Pinggul
7. Dada 16. Punggung
8. Bahu 17. Tulang punggung
9. Kekacang (tassel) 18. Siku

Selasa, 9 Oktober 2007

Petua Untuk Kambing

Harap berguna untuk semua Penternak kambing.

Petua - menjinakkan kambing
· Lapkan baju kita yang berpeluh ke muka kambing tersebut.

Petua - memastikan kambing mengenali tuanya
· Kita kencing sedikit kedalam air yang diminum oleh kambing tersebut. Buat beberapa kali sehingga kambing tersebut dapat mengenali tuanya.

Petua – bulu licin dan menarik serta gemuk
· Bagi kambing makan daun kelapa sawit.

Petua – rawatan untuk luka
· Masukkan cicak kedalam daun pisang atau daun nangka dan berikan kambing tersebut makan.

Petua – rawatan sakit perut & berak cair
· Bagi kambing makan daun daun yang kelat ie daun jambu.

Petua – rawatan lemah tulang & takleh bangun
· Bagi kambing makan siput sungai. Ada orang panggil siput paip, siput bendang dan sebagainya. Tapi pastikan cengkerang siput tu di buang terlebih dahulu.

Maklumat ini diambil dari laman web http://kambingboer.blogspot.com/

Isnin, 1 Oktober 2007

Kambing Baru Dah Masuk Kandang

Pada 29 Sept 2007 kami telah membeli sekor lagi kambing baka jamna cross anglo dengan harga RM1000. Warna kambing color hitam dan xde tanduk. Harap-harap bunting la kambing baru aku tu.

Diharap sahabat-sahabat kambing semua dapat memberi tunjuk ajar pada kami dalam pengurusan penternakan kambing ni. Kami baru menceburi bidang ni dalam masa 3 bulan jer. Setakat ni ok jer. Oklah nanti aku postkan gambar terbaru kambing aku tu.

Rabu, 26 September 2007

Kambing Ku Dah Jual



Hari Jumaat 21 Sept 2007 aku dah jual lagi 2 ekor kambing. Dua-dua jamna cross. Aku jual murah je RM 11.00 hingga RM 12.00 sekilo. Buat masa ni aku dah jual 4 ekor kambing baka yang sama. Insyallah sabtu ni aku bawa masuk baka anglo plak.

Kalau berminat nak tengok jemput la datang ke kandang aku, Parit Haji Ali, Parit Raja Batu Pahat, Johor. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019-7592072. Kot-kot kite boleh kongsi maklumat sebab saya ni pun sedang belajar pasal dunia kambing ni.

Selasa, 28 Ogos 2007

Kandang Kambing Yang Terkini

Ini la kandang kambing yang aku usahakan dengan kengkawan aku. Akhirnya dah siap dalam bualn Julai 2007. Lama gak aku nak siapkan ... iya la masa asyik xde je . Banyak keja opis nak diuruskan. Ok la untuk tatapan kawan kambing semua ini la kandang aku 20 x 20 yang dah siap.


Ini aku selitkan sekali gambar kambing aku yang dah ada. Semua kambing aku mula masuk ada 13 ekor. 7 betina 6 jantan. Tapi 2 ekor jantan aku dah jual dah ... jadi sekarang tinggal 11 ekor jer.


Ni la gambar aku tengah bagi makan dan patner aku yg tengah pegang kambing jantan aku tu.

Sekarang ni aku tengah upah orang buat pondok untuk aku jaga malam2. Bukan ape takut nanti kambing aku kena kebas. Oklah nanti ade beria terkini tentang kambing aku masukkan.

wassalam.

Selasa, 24 April 2007

Kemajuan Kandang











Assalamualaikum ....

Ini la gambar saya tengah buat bumbung kandang kambing dengan kawan kat opis. Kita orang tak de masa nak buat kandang tu full time. Kekadang tu time cuti kena gi out station ... mana la kandang nak cepat siap. Setakat ni kemajuan kandang ni dalam 40% jer. Semua ni kita org buat sendiri ... takde pun upah tukang.

Rabu, 11 April 2007

Usaha Pertama











Tapak kandang dah siap bersihkan. Tiang pun dah naik ..... dalam masa terdekat ni nak pasang bumbung pulak .... Saya buat ni semua dengan modal kongsi ngan kawan2 yang nak join projek ni. Tak de pengalaman langsung nak ternak kambing. Buat kandang pun sendiri ..... tapi aku tengok macam kukuh la jugak. Kandang yang aku buat 20 kaki x 20 kaki. Macam nak pengsan aku buat ngan kawan2 aku .... panas jangan cite la. Terbakar kulit muka aku ..... nanti dah siap kandang aku post gambar terkini kandang aku .....