Design ni pun hasil pemerhatian daripada beberapa model mesin chopper yang ada. Jenis mesin ni hanya boleh memotong napier,batang jagung dan rumput. Ni kira mesin yang jenis ringan jer la. Mata mesin aku akan gunakan mata mesin rumput. Aku akan letakkan 4 bilah pemotong untuk dapatkan potongan yang halus. Pasni bole la buat silaj. Rumput kena tanam banyak-banyak kalo dah jadi mesin ni.
Jumaat, 29 April 2011
Design Mesin Chopper Buatan Sendiri
Design ni pun hasil pemerhatian daripada beberapa model mesin chopper yang ada. Jenis mesin ni hanya boleh memotong napier,batang jagung dan rumput. Ni kira mesin yang jenis ringan jer la. Mata mesin aku akan gunakan mata mesin rumput. Aku akan letakkan 4 bilah pemotong untuk dapatkan potongan yang halus. Pasni bole la buat silaj. Rumput kena tanam banyak-banyak kalo dah jadi mesin ni.
Selasa, 26 April 2011
Panduan Pembinaan Kandang
PANDUAN KANDANG
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
* Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
* Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
* Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting
untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing
adalah:* Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
* Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
* Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
* Tidak terkena angin yang kencang
* Terpelihara dari hujan dan panas
* Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
* Ruang makan dan minum mencukupi
* Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
RINGKASAN
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
Lantai
* Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
* tahan lama – misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
* mudah dicuci
* tidak licin
* tidak mencederakan
* tidak mudah lembab* Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 – 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
* Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 – 1.4 meter persegi (8 – 15 kaki persegi).
PELAN RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANGPelan kandang yang boleh memuatkan 80 – 100 ekor
kambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepada
fungsi, umur dan juga jantinaKandang kambing berlantai bawah boleh juga digunakan untuk menempatkan kambing pada malam hari
Pelbagai rupa bentuk bumbung
Dinding* Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
* Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
* Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 – 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
* Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 – 12 s.m.
BumbungBahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
* Nipah – bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
* Zink – mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
* Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
* Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
RINGKASAN
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 – 1.4 meter persegi ( 8 – 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
Panduan Untuk Membina Kandang Kambing
Secara kasarnya, anggaran kos membina kandang kambing adalah di antara RM500 ke RM1ribu bagi setiap ekor kambing. Bagaimanapun kos sebenar adalah bergantung kepada spesifikasi sebenar kandang yang hendak dibina dan kualiti bahan yang digunakan. Turut mempengaruhi kos sebenar adalah lokasi di mana kandang dibina kerana kos buruh dan bahan yang berbeza di antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain.
Jika kandang dibuat secara agak ringkas, dan menggunakan kayu terpakai, kos purata bagi seekor kambing mungkin hanya kira-kira RM500. Kos ini boleh mencapai RM1ribu jika spesifikasinya lebih tinggi serta bahan yang digunakan lebih mahal.
Menggunakan formula ini, sekiranya anda bercadang membela 50 ekor kambing betina dan seekor pejantan, and perlu bersedia dengan modal sekurang-kurangnya RM26ribu untuk membuat sebuah kandang. Lain-lain kos adalah untuk membeli peralatan seperti mesin chopper dan peralatan ladang seperti sabit, cangkul dll.
Kos seekor induk betina kacukan adalah di antara RM500 hingga RM600, manakala seekor pejantan Boer Fullblood dengan sijil berharga di antara RM2,500 hingga RM3,500. Jadi secara kasarnya anda memerlukan RM30 ribu untuk baka kambing. Lain-lain kos adalah kos operasi untuk membeli makanan dan ubat-ubatan serta kos elektrik dan petrol.
Panduan Rekabentuk Kandang Kambing
Kandang kambing direkabentuk secara memanjang untuk memaksimakan peredaran udara di dalamnya. Bahagian hadapan atau belakang sebaik-baiknya dibina menghadap matahari terbit dan terbenam bagi membolehkan kandang mendapat cahaya matahari secukupnya. Ini membantu membunuh bakteria, hama, tungau dsb yang merupakan musuh ternakan kambing.
Rekabentuk dan ketinggian bumbung juga perlu diambil perhatian supaya peredaran keluar masuk udara ke kandang dapat dimaksimakan. Di samping mengurangkan haba dari terperangkap di dalam kandang, rekabentuk bumbung yang sesuai juga membantu pertukaran udara, mengelakkan bakteria di dalam udara dari terperangkap di dalam persekitaran kandang dan dengan itu mewujudkan keadaan persekitaran kandang yang lebih sihat. Salah satu pembunuh utama ternakan kambing adalah wabak pneumonia (radang paru-paru) yang merebak dari seekor ternakan kepada yang yang lain melalui udara, dan selalu berlaku di waktu musim hujan.
Ketinggian lantai kandang dari permukaan tanah adalah sebaik-baiknya 6 kaki bagi membolehkan pekerja keluar masuk dengan bebas ke bawah kandang, untuk kerja-kerja mencuci kandang dsb. Permukaan lantai bawah mestilah dibuat sedikit curam dan dibina longkang bagi mengelakkan air bertakung di bawah kandang. Perigi kumbahan wajar dibina bagi membolehkan air kencing ternakan mengalir terus ke dalamnya. Sekiranya kewangan mengizinkan, lantai bawah haruslah disimen supaya tinja(najis) dapat dicuci dengan mudah.
Isnin, 21 Februari 2011
Kenali Penyakit Kambing
Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa (coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.
Kaedah Rawatan :-
- Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
- Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
- Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
- Amalkan sistem ragutan bergilir
2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak
Kaedah Rawatan :-
- Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
- Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
- Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
- Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
- Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin.
3. Kembung (Tyumpang)
kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.
Penyebab Kembung :-
- Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
- Terlalu banyak makan PKC,
- Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
- Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
- Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
- Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
- Tidak mahu makan.
- Terbaring dan kesakitan.
- Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
- Stomach tubing.
- Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
- Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
- Uruskan bahan makanan dengan betul.
4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Batuk basah adalah tanda awal. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.
Antara faktor-faktor penyebab adalah:-
- Stress / tegasan cuaca (sejuk).
- Pemakanan tidakbermutu.
- Bebanan cacing.
- Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
- Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.
- Pernafasan cepat / sesak nafas.
- Suhu tinggi / demam.
- Bunyi pernafasan tidak normal.
- Batuk, bersin, cecair dari hidung.
- Lemah, kurus, tiada selera makan.
- Gunakan antibiotik spektrum luas
- Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
- Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
- Eakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
- Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
- Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).
5. Penyakit-penyakit lain
Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku. Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus. Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.